Si BuRung HaNtu Tua
Ada seekor burung hantu tua yang tinggal di atas sepohon pokok oak. Setiap hari ia melihat pelbagai kejadian.
Kelmarin,ia nampak seorang budak lelaki menolong seorang lelaki tua. Hari ini, ia nampak seorang budak perempuan menengking ibunya. Semakin banyak yang ia lihat, semakin kurang ia bercakap.
Apabila ia kurang bercakap, semakin banyak yang ia dengar. Ia terdengar seorang wanita berkata ada seekor gajah yang boleh melompat pagar. Ia juga terdengar seorang lelaki mengaku yang dia tidak pernah membuat salah.
Si burung hantu telah melihat pelbagai karenah manusia dan mendengar pelbagai percakapan manusia. Ada yang menjadi lebih baik dan ada yang menjadi lebih teruk. Tetapi, si burung hantu tua menjadi lebih bijaksana hari demi hari.
pengajarannya ;
kita patut memerhati ,
kurangkan bercakap
dan
lebihkan mendengar
agar kita menjadi seorang yang bijaksana
oleh kerana itulah diriku lebih suka memerhati keadaan sekeliling ,
supaya kita tahu apa yang baik dan apa yang buruk
think wisely what we want to do...
No comments:
Post a Comment