seungkap bicara...

words means nothing to all of you....
ini hanyalah sebuah cerita kepada
kehidupan yg lalu,
memberi 1001 pengalaman yg penuh berharga kepada kehidupan yang akan datang
thanks to ;
AINUL MARDHIAH members 08-09,
MPPA 08-09,
7th Batch 05-09,
rasional gen o5-09,
avicenna 08-09,
asrama smk sg pusu(hostelians05-o9),
lembaga pengawas 08-09,
SMK SUNGAI PUSU........(all principles&teachers)

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA....!!!!!

teruskan perjuangan!!



Friday, January 22, 2010

MATAHARI IBNU SINA 08/09



 
saya suka pergi sekolah!anda tak suka?hmm....too bad (: siapa kata sekolah bosan? selain daripada memenuhkan ilmu di dada dan bertemu guru-guru tercinta (eceyh,,bodek nampak!) saya begitu teruja untuk berjumpa mereka yang menyinari hidup saya seterang sang mentari (saya puitis
juga!).                                     


SYAZWAN,si ketua tingkatan, selain bertugas menjerit sepenuh hati memberi salam tak henti-henti membuli PIJA si penolong yg comel (bodek lagi!). SUFIA yang berazam untuk lebih senyap pada tahun ini terpaksa membatalkan  misinya kerana fitrah membebelnya tak dapat dielakkan lagi. FARA disebelah dengan begitu sopan, ketawa besar melihatnya. MUJA yang cuba menambah kekecohan terhenti apabila AMAL membuat muka konon comel ke arahnya. Tiba-tiba kaedengaran AMIR berteriak "bangun semua!" Padahal itu masa guru awasi relief.Tertipulah beberapa polan, maka ASYRAF bermodalkan kemerahan wajah mentertawakan mereka. ISMAIL dan MEGAT hanya tersengih lebar kerana mereka taklah sekejam mana mempermainkan hativdan perasaan orang lain (eyh,emo pula?). HANIF juga tumpang sekaki mentertawakan polan-polan tersebut. Manakala HANIS, mamat macho penjaga pintu belakang hanya tersenyum menjaga kemachoannya.


Kelihatan ANISAH di belakang sibuk bercerita manakala IMAN terpaksa sibuk mendengar.AINUR dan SYIFA pula lebih gemar membuat komedi mereka sendiri . Di hadapan kelas, terdapat barisan pertahanan yang terdiri daripada DAYANA atau nama perahsannya, Yuna; KING yang begitu tekun membuat maths dan najis mata bergilir-gilir, MELLE penglipur lara zaman milennium dan  DIJAH, juga penekun belajar . Konsentrasi KHALAF dan HAZIQ mula terganggu apabila TASNIM merengek mengidam laksa. MUIZZAH pula mula membuat suara itik dan NUSAI senyum tersipu-sipu. MARWAH buat-buat gelak macamlah dia faham apa yang berlaku.. SARAH tidak tergugat,tekun membelek estidotmy. Pandangan saya beralih kearah NABILAH yang manimbulkan keraguan di hati kerana melambai dan tersengih entah kepada siapa (sayalah kot). AMALINA tertawa comel melihat kerenahnya dan AINAA tumpang sekali. UMMI menahan kehendaknya, kerana sekali dia tertawa, sepurnama baru terhenti tawanya (hiperbola je). Dihadapannya terdapat ASMA', si ayu dan teman seangkatan, IZZATI yang sibuk melukis mengisi masa relief.


"Mereka inilah mentari hidup saya di sekolah yang terus menjadi sebab kenapa sekolah tidak akan pernah bosan........."


copyright by naib chief editor majalah global edisi-vii


"....saya setuju dengannya...."


2 comments:

MUJA said...

ummi, i'm touched lah:)) thanksss

pEngLiPuR LarA said...

thanks for comment...jaga diri baik2 tau..